Saturday, October 10, 2009

RIBUT...

Assalamu'alaikum semua...
Dalam minggu ni aku sangat2 sibuk sampai meja tempat aku buat kerja pun dah takde rupa meja dah, meja aku diibaratkan seperti Kepulauan Samoa yang baru sahaja diserang Tsunami. Korang tengok WONDER PETS lagi best dari tengok meja aku... "telefon, telefon berbunyi, telefon, kami datang, lalala..." (apa aku merapu nih?)

Oleh itu aku telah mengambil inisiatif untuk mengemaskan meja aku tapi memandangkan pagi ni aku asyik batuk je, so hasrat itu terpaksa aku pendamkan dulu buat seketika, maybe minggu depan kut aku kemas meja, itu pun kalau aku rajin la. Aku ni kalau bab mengemas2 ni memang kureng sket, aku lebih suka memasak daripada mengemas rumah, aku suka masak ayam masak merah, nasi goreng, mi goreng(maggie jer), masak air(perlu ker?), kalau penyakit rajin aku datang, aku akan buat salad sayur, sedap woo... boss siap mintak resepi kat aku (padahal aku main belasah je buat salad tu). teringat plak time aku skolah dulu, aku slalu bermimpi untuk menjadi seorang chef, ala2 chef wan gitu, lepas tu aku jadi kaya, aku akan beli penthouse aku sendiri, lepas tu akan akan dijemput menjadi celebrity chef di Asian Food Channel, maka aku akan bertambah kaya, aku akan beli kereta idaman aku iaitu Myvi, (what the @%#$^*&(, takde kereta lain lagi ke?) hehe... support la kereta tempatan *pilihan bijak!*

hmmm jam skg dah menunjukkan pukul 12.32 tengahari, perut aku bukan takat berkeroncong, dah macam kelab dangdut mawar biru tau, hehe..
ok lah aku nak gi makan dulu sampai jumpa lagi...

chaloo...

No comments:

Post a Comment