Saturday, October 10, 2009

Hadiah Tahun Baru

Assalamu'alaikum semua...

Apa yang membuatkan aku tersenyum....

KOMPUTER BARU!!!!!!


yeaahhh... akhirnya setelah bertahun2 menunggu (aku baru kerja 3 tahun, cemaner plak leh menuggu bertahun2? ishh2x...), unit kami telah menerima beberapa buah komputer (senang citer, sorang satu la). Sememangnya ketibaan komputer tersebut sangat tepat pada masanya, kerana PC yang aku gunakan sebelum ni berada pada kondisi yang amat menyedihkan, malah lebih sedih dari filem Kuch Kuch Hota Hai(sedih keww?)...

meh aku tunjuk kat korang gambar kenangan bersama PC lama yang telah berpencen, setelah PC baru mengambil alih tugasnya... hehe...


PC yang lama...


PC yang baru...


So dengan adanya PC baru ni, makin bersemangat lah aku dan kawan2 yang lain untuk bekerja. Bukan lah maksud aku nak cakap kalau guna PC lama, kami jadi malas. Apa yang aku cuba nak sampaikan di sini adalah, PC yang lama tu teramatlah slow sekali, nak buat kerja pun tension. Bayangkan kalau hendak print dokumen wakaupun sehelai, akan mengambil masa paling kurang 5 minit... Ada juga yang sampai satu jam... huhu...

So dengan adanya PC baru ni, Bolehlah kami bekerja dengan hati yang girang...
hehehe...
chaloo....

No comments:

Post a Comment