Saturday, October 10, 2009

Assalamu'alaikum semua...
Pada hari Ahad yang lepas, aku dan razi pergi menonton mini showcase Imran Ajmain "PUNCA & PERSEMBAHAN" kat Annexe Studio, Central Market. Kitorang sampai kat CM lebih kurang jam 3 petang, show mula pukul 3.30 petang...

Sampai je kat Annexe tu, aku dah tertinjau2 mana poster Imran... Aku takut salah tempat plak. Bila aku dah sampai, tempat tu amatlah biasa2 saja, tidaklah se'grand' mana pun, namun aku tak kisah. Apa yang penting... KERJAAASAMAAA!!! eh! silap... Apa yang penting, Show tu mesti gempak! Ternyata Imran & Friends memang gempak!!!

korang nak tengok gambar2 time showcase tu tak?
jom....



inilah suasana dalam Annexe Studio...


Mengumumkan ketibaan IMRAN AJMAIN... yea yea...


seribu tahun lama lagi... lalalala.....


Infinatez in da house!!!


Selepas 1 1/2 jam show, aku sangat2 lah berpuas hati dengan persembahan oleh Imran Ajmain, Infinatez, Atilia, last but not least, Shazzy... Abis je show aku pun dengan rasa amat gembira bagaikan kanak-kanak ribena terus berlari(tipu...) menuju ke arah Imran untuk mengambil gambar kenang2an, dan ini lah hasilnya....


Me & Imran

akhirnya, aku dah berjaya merealisasikan salah satu impian aku, untuk bertemu dengan Imran Ajmain. Actually dia adalah artis yang aku teringin sangat nak jumpa sejak aku membeli albumnya awal tahun lepas... Thank You Very Much to Imran Ajmain kerana sentiasa melayan peminat2nya dengan amat mesra sekali, keep it up! Hope to see you again...

ok guys...
c ya!
chaloo....

No comments:

Post a Comment