Saturday, October 10, 2009

Anugerah Juara Lagu 2009

Assalamu'alaikum semua...
Lama jugak aku tak buat posting ni, takde cerita menarik untuk aku ceritakan sejak beberapa hari lepas, so kali ni aku telah mendapat ilham dari langit ketujuh angkasaraya besraya puduraya (gila!), untuk berkongsi pendapat tentang Augerah Juara Lagu yang akan berlangsung malam ni....

Aku sebenarnya tak sabar nak menonton final Anugerah Juara Lagu ni, walaupun lagu2 yang masuk ke final kali ini tidak sehebat AJL tahun lepas, tapi aku beberapa faktor yang membuatkan aku harus menonton jugak AJL kali ini. calon2nya adalah

STACY - AKU STACY
Aku tak pasti samada lagu ni akan menang dalam kategori Pop Rock atau tidak sebab saingan yang agak kuat dari Meet Uncle Hussein (lagu untukmu) & Estranged (yang pernah). Tapi yang aku pasti stacy berpotensi untuk mendapat anugerah persembahan terbaik, dan tak mustahil jugak akan mendapat anugerah vokal terbaik. Aku bercakap begitu bukan atas sebab kenegerian, tapi bayangkan untuk menyanyi lagu rancak sambil menari tarian yang lincah tanpa kelihatan tercungap2, bukan sesuatu yang mudah. Aku yakin stacy berpotensi untuk mendapat salah satu anugerah malam ini.

AIMAN - DUSTA BERKALANG
Aiman ni pun berpotensi jugak untuk memenangi kategori Irama Malaysia ni, sebabnya aku memang tak suka dengan lagu mawi tu, dan lagu yang lagi satu tu ntah apa tajuk dia tu aku pun tak tahu, yang penting lagu aiman tu je yang aku rasa berpotensi untuk menang kategori tu... (yang penting bukan mawi)...

FAIZAL TAHIR - CUBA / SAMPAI SYURGA & AYU - HANYA DI MERCU
Aku tak tahu untuk kategori ni 3 lagu ni cukup kuat untuk menang kategori Balada, dan tak mustahil jugak salah satu dari 3 lagu ni berkemungkinan besar akan menggondol Trofi Anugerah Juara Lagu kali ini. Tapi naluri aku agak kuat untuk mengatakan yang lagu CUBA & HANYA DI MERCU akan bersaing dengan hebat dalam AJL malam ni. Untuk Faizal Tahir aku tak perlu risau sangat tentang kemantapan vokal dia, aku cuma concern persembahan vokal Ayu, aku takut dia akan mengulangi kesilapan yang sama semasa Grand Finale OIAM, iaitu suara 'flat' atau senang cakap suara angsa la... Harap2 Ayu akan membuat persembahan yang sehabis baik malam ini.

Well, apa2pun kita just tunggu dan lihat je la malam ni, samada betul atau tidak ramalan aku ni. Rezeki di tangan Allah swt, siapa yang menang & siapa yang kalah itu tak penting. Apa yang penting.... KERJASAMAAA!!!

ok guys...
chaloo..
bubyee

Main Hujan

Assalamu'alaikum semua...
Kali ni aku nak cerita tentang apa yang aku buat petang semalam, iaitu pada tarikh 6hb Januari 2009.

Jam 5.00 Petang
[hujan dengan lebat sekali]
me: kita lepak dulu la kat bawah, tunggu hujan reda sket
razi: ok jer...

sambil menunggu hujan reda tu, aku pun sembang2 kosong la dengan razi...

Jam 5.30 Petang
[still hujan lagi]
me: jom lah...
razi: ok! (jawapan yang bernas dan tepat, *pilihan bijak*)

dalam perjalanan nak balik ke rumah tu, tiba2....

HUJAN LEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sampai je kat kajang utama, aku & razi terus singgah ke kedai untuk menyelesaikan urusan masing2 (urusan apakah??). then kitorang pun balik rumah...

ermmm...
kepala aku dah mula berdenyut2, nak tido dulu lah...
chaloo....

Hadiah Tahun Baru

Assalamu'alaikum semua...

Apa yang membuatkan aku tersenyum....

KOMPUTER BARU!!!!!!


yeaahhh... akhirnya setelah bertahun2 menunggu (aku baru kerja 3 tahun, cemaner plak leh menuggu bertahun2? ishh2x...), unit kami telah menerima beberapa buah komputer (senang citer, sorang satu la). Sememangnya ketibaan komputer tersebut sangat tepat pada masanya, kerana PC yang aku gunakan sebelum ni berada pada kondisi yang amat menyedihkan, malah lebih sedih dari filem Kuch Kuch Hota Hai(sedih keww?)...

meh aku tunjuk kat korang gambar kenangan bersama PC lama yang telah berpencen, setelah PC baru mengambil alih tugasnya... hehe...


PC yang lama...


PC yang baru...


So dengan adanya PC baru ni, makin bersemangat lah aku dan kawan2 yang lain untuk bekerja. Bukan lah maksud aku nak cakap kalau guna PC lama, kami jadi malas. Apa yang aku cuba nak sampaikan di sini adalah, PC yang lama tu teramatlah slow sekali, nak buat kerja pun tension. Bayangkan kalau hendak print dokumen wakaupun sehelai, akan mengambil masa paling kurang 5 minit... Ada juga yang sampai satu jam... huhu...

So dengan adanya PC baru ni, Bolehlah kami bekerja dengan hati yang girang...
hehehe...
chaloo....

It's a bird, it's a plane, no it's aaaaaarrrrgghhhh GEDEBUK!!!!

Assalamu'alaikum semua...
hari ni badan aku tak sesegar hari2 biasa, fikiran agak terganggu, sukar untuk fokus...
mesti korang tertanya2 kan, apa kaitan tajuk posting aku ni dgn cerita aku ni?

Aku akan cerita kat korang tentang apa yang telah aku lihat semalam semasa Sambutan Maal Hijrah 1430H bersamaan dengan hari Isnin, 29 Disember 2008 jam 4 petang, bertempat di salah sebuah pusat membeli belah yang cukup2 terkenal di KL... Kejadian ini aku takkan lupakan sampai bila2...
serius siot)

pada satu hari....
[background music: 1 muharram detik permulaan, perkiraan tahun islam hijrah...lalala..]
[tempat: Tingkat 5, di salah sebuah pusat membeli belah yang sangat2 besar]


Jam 3.45 Petang
[sedang berbual di telefon bimbit dengan Ariez]
me: blaa... blaa... bla... (butiran perbualan dirahsiakan hehe...)
razi: blaa... bla... bla...
[sambil berbual aku asyik berpindah2 tempat, macam orang nomad plak! wuhehehe...]

Jam 3.50 Petang
[still berbual di handphone] - (banyaknye kredit haku, gunakanlah 8pax *pilihan bijak*)
me: blaa... bla... bla... hahaha....
razi: bla... bla... bla... hehehe...

Jam 4.00 Petang
[terlihat 'something' jatuh ke bawah dengan laju]
me: razi, i call you back later...
razi: nape?
me: saya nampak sesuatu yang agak2 'scary movie' gitu...
razi: ok...

Rupa2nya aku telah melihat....

ORANG TERJUN BUNUH DIRI!!!!

iya, tuan2 dan puan, apa yang telah saya katakan sebentar tadi itu adalah benar belaka...
mangsa disyaki terjatuh dari tingkat 10 bangunan tersebut, lalu jatuh ke arah gerai2 promosi yang terletak di lobi tingkat 3 bangunan tersebut... Dan saya telah menyaksikan kejadian tersebut dengan mata kepala saya sendiri(actually mate je...). kenapa ayat aku ni formal sangat?)

Anyway setelah melihat kejadian tersebut, aku terpaku kejap(kejap??, actually hampir satu jam aku tidak berganjak dari tempat aku berdiri ketika melihat insiden itu berlaku hehe...). Aku mengalami trauma yang agak hebat jugak la. Tetiba je aku rasa seolah2 nak demam, peluh sejuk mengalir, dalam badan terasa panas... serius, aku mengalami kejutan, bukan kejutan budaya atau kejutan elektrik, bukan juga terkejut lalu melatah sambil menari zapin diiringi penari2 yayasan warisan johor, ermmm sungguh dahsyat tarian itu... errr, i mean insiden itu... hehehe...

So, impak daripada insiden itu, aku terus menuju ke Starbucks lalu mengorder Dark Chocolate Cherry Mocha Frappucino (seriously sangat sedap) yang berharga RM 16.80 setiap satu , dan alangkah terkejutnya aku bila starbucks buat promotion buy 1 free 1. waahh!!! Ini sangat bagus, aku melompat kegembiraan bagaikan anak kecil yang baru sahaja dibelikan mainan Ben10! (sekejap saja sudah melupakan insiden itu). Alangkah bestnya kalau razi ada bersama aku ketika itu, so cherry mocha yg satu lagi tu pasti akan ku beri padanya. namun akhirnya aku terpaksa menghabiskan kedua2nya skali.... Large Size plak tu, serta krim putar di atasnya... hehe...

Sambil2 aku berusaha untuk menghabiskan Dark Chocolate Cherry Mocha Frappucino yang kedua itu, aku meneruskan perjalanan ke Plaza Low Yatt. Iya tuan2 & puan2 PLAZA LOW YATT, dan kali ini aku tidak akan membuang masa dengan menaiki monorail ke bukit bintang lagi, hidup2 aku kena 'kencing' oleh razi (sila rujuk posting 'hari yang serba tak kena' jika anda tidak faham apa yang saya maksudkan)...

Sampai je kat low yatt, aku pun dengan sepenuh hati dan bersemangat waja terus meng'explore' (wujudkah istilah ini?) keseluruhan bangunan tersebut. Aku menjadi rambang mata kejap, (kejap?? actually 2 jam aku menyepahkan diri aku di sana) mau saja... aku melepaskan diri dan terus berlari... err... silap, itu lirik aku stacy, huhu... Mau saja aku borong semua barang2 yang ada kat sana tu, aku nak beli PSP, PC (desktop), camera digital, kamera video, Tv, GPS, laptop vaio(tak cukup 1 ke??), dark chocolate cherry mocha frappucino(again??), karipap pusing, bihun goreng, dan payung(what da... forget it!)... akhirnya, aku pulang tanpa membeli satu barang pun kat low yatt tu... (angan2 je lebih...) huhuhu....

lepas tu aku pun balik rumah...
sebenarnya aku masih lagi trauma akibat insiden itu, perkara itu masih segar di ingatan aku seolah2 ianya baru berlaku semalam... (hey, it did happened yesterday!!!) hehehe....
ok la guys aku chow dulu la...
rasa macam nak demam plak...
salamzzz....

Hari yang serba tak kena...

Halo semua, kali ni aku nak story sket la tentang apa yang terjadi kepada aku semalam semasa cuti krismas...

PAGI KRISMAS, 25 Disember 2008... (muzik latar: jingle bell2x jingle all the way... lalala...)

6.00 Pagi
me: zzzz...

7.00 Pagi
me: zzzz...

7.30 Pagi
me: wargghhhh... (menguap dengan sepenuh hati)
pergi mandi

7.50 Pagi
(selesai mandi)
me: zzzz...

9.00 Pagi
me: zzzz...

9.30 Pagi
me: warghhh... (menguap ala2 manja)
on laptop jap, nak check email...
lepas tu... zzzz.....

11.00 Pagi
sarapan...
kenyang la pulok...

11.36 Pagi
Henpon: "the phone, the phone is ringing, the phone we'll be right there..."
me: eh, ada sms...
razi: "katne? jom kuar"
me: "kt ruma, p mane?"
TIMES SQUARE...
yeihaa...

1.09 Petang
jumpa razi kat LRT Hang Tuah, then terus menuju ke times square...

sampai je kat times square, aku dan razi terus menuju ke kaunter tiket wayang...
memandangkan kitorang tak plan lagi nak tengok wayang apa, so dengan tak sengaja nya kitorang telah membeli tiket premier class THE SPIRIT!!! tayangan pukul 1.50 Petang..

1.30 Petang
me : lapar la, tak makan nasi lagi ni...
razi: lorhh, apesal tak beli je tiket jam 3.55?
me: takpelah, kita tengok je la wayang tu dulu...
razi: ok...

1.40 Petang
kitorang buang tebiat g makan ice cream kat yogur berry...
razi: sempat ke kita masuk dalam ni? wayang start jam 1.50...
me: alaa... sempat la, kan banyak iklan dalam tu, kompem jam 2 baru start la...
razi: a'ah kan... lupe...

1.55 Petang
aku & razi g beli popcorn caramel serta 1 tin air... hehe...

2.oo Petang
still iklan lagi la...
razi: (duduk je terus buka popcorn dan makan secara non stop)
me: (mengambil tindakan yang sama seperti d atas)
wayang pun start 3 minit kemudian...

2.30 Petang
razi: (still mengunyah popcorn sambil minum soya bean)
me: (sama sperti di atas)
razi: (dah start ngantuk balik)

3.00 Petang
razi: zzzz....
me: (still mengunyah popcorn)

3.15 Petang
razi: ( bangun jap untuk menghabiskan popcorn & soya bean)
me: (khusyuk menonton wayang)

3.30 Petang
razi: zzzz....
me: (popcorn & air tin dah abis, so sambung menonton wayang)

3.45 Petang
wayang dah abis...
razi: wargghhhh... (menguap manja2)
me: bosan gile wayang tu, menyesal tengok!
razi: mamai lagi...
kat luar panggung..
me: lerr, tido ke?
razi: a'ah, bosan tak terkata la wayang tu...
me: jom kita g low yatt
razi: ok jer...

oleh kerana aku tak pernah g low yatt sendiri, so aku dengan wajah innocent ikut je razi naik monorail turun kat bukit bintang...
rupa2nya...

LOW YATT TU BETUL2 KAT SEBERANG JALAN MENGHADAP TIMES SQUARE!!!!! KENAPA AKU TAK MENYEBERANG JE KE SEBELAH???

lepas ronda2 low yatt, aku & razi terus g minum kat bawah...

me: razi, pernah tak cuba jus cellery?
razi: cellery tu kan daun sup?
me: bagus la, untuk kuruskan badan...
razi: takde jus lain ke?
me: sedap la razi, kita order ek?
razi: (senyum kambing)
me: kita campur la skali dengan apple, & oren...
razi: eewww...
me: cuba la dulu, kalau sedap, kita order la jus cellery saja, tak yah campur jus lain..
razi: eewww...
me: akak, nak order...
akak waitress: ye, nak order apa?
me: saya nak jus apple campur oren campur cellery...
razi: saya nak jus apple campur carrot campu celerry(terpaksa)... eewww...
hasilnya....

TAK SEDAP!!!!! BAYANGKAN MINUM DAUN SUP YANG DIKISAR TANPA GULA DAN TANPA AIR... UUWWEEEEKKK!!!!!

lepas tu kitorang pun balik....
hehehe....
Assalamu'alaikum semua...
Pada hari Ahad yang lepas, aku dan razi pergi menonton mini showcase Imran Ajmain "PUNCA & PERSEMBAHAN" kat Annexe Studio, Central Market. Kitorang sampai kat CM lebih kurang jam 3 petang, show mula pukul 3.30 petang...

Sampai je kat Annexe tu, aku dah tertinjau2 mana poster Imran... Aku takut salah tempat plak. Bila aku dah sampai, tempat tu amatlah biasa2 saja, tidaklah se'grand' mana pun, namun aku tak kisah. Apa yang penting... KERJAAASAMAAA!!! eh! silap... Apa yang penting, Show tu mesti gempak! Ternyata Imran & Friends memang gempak!!!

korang nak tengok gambar2 time showcase tu tak?
jom....



inilah suasana dalam Annexe Studio...


Mengumumkan ketibaan IMRAN AJMAIN... yea yea...


seribu tahun lama lagi... lalalala.....


Infinatez in da house!!!


Selepas 1 1/2 jam show, aku sangat2 lah berpuas hati dengan persembahan oleh Imran Ajmain, Infinatez, Atilia, last but not least, Shazzy... Abis je show aku pun dengan rasa amat gembira bagaikan kanak-kanak ribena terus berlari(tipu...) menuju ke arah Imran untuk mengambil gambar kenang2an, dan ini lah hasilnya....


Me & Imran

akhirnya, aku dah berjaya merealisasikan salah satu impian aku, untuk bertemu dengan Imran Ajmain. Actually dia adalah artis yang aku teringin sangat nak jumpa sejak aku membeli albumnya awal tahun lepas... Thank You Very Much to Imran Ajmain kerana sentiasa melayan peminat2nya dengan amat mesra sekali, keep it up! Hope to see you again...

ok guys...
c ya!
chaloo....

I'm Sick!

Assalamu'alaikum semua...

semalam adalah hari sungguh memeningkan kepala aku, dah la malam sebelumnya aku demam, lepas tu tak boleh nak tidur, esoknya plak aku lambat bangun pagi. Bangun2 je aku tengok jam, dah pukul 7.08 minit, padahal waktu itu sepatutnya aku sudah berada di dalam LRT untuk ke tempat kerja. Aku tak boleh kelam kabut, aku kena relaks, aku mesti kelihatan tenang sepanjang masa, kalau tak, nanti aku akan tension, kalau aku tension aku makan banyak, kalau aku makan banyak, aku jadi gemuk(memang gemuk pun), bila aku jadi gemuk, baju2 aku yang lain pasti tak muat, kalau baju2 aku yang lain dah tak muat, aku nak pakai baju apa??? (hehe... melalut plak)


So dengan hati yang tenang, aku ke tandas untuk mandi, membasuh baju, gosok baju, sarapan dan pergi ke tempat kerja dengan hati yang tenang, ermm... kengkawan aku dah bising, aku harus mandi cepat...

chaloo....

RIBUT...

Assalamu'alaikum semua...
Dalam minggu ni aku sangat2 sibuk sampai meja tempat aku buat kerja pun dah takde rupa meja dah, meja aku diibaratkan seperti Kepulauan Samoa yang baru sahaja diserang Tsunami. Korang tengok WONDER PETS lagi best dari tengok meja aku... "telefon, telefon berbunyi, telefon, kami datang, lalala..." (apa aku merapu nih?)

Oleh itu aku telah mengambil inisiatif untuk mengemaskan meja aku tapi memandangkan pagi ni aku asyik batuk je, so hasrat itu terpaksa aku pendamkan dulu buat seketika, maybe minggu depan kut aku kemas meja, itu pun kalau aku rajin la. Aku ni kalau bab mengemas2 ni memang kureng sket, aku lebih suka memasak daripada mengemas rumah, aku suka masak ayam masak merah, nasi goreng, mi goreng(maggie jer), masak air(perlu ker?), kalau penyakit rajin aku datang, aku akan buat salad sayur, sedap woo... boss siap mintak resepi kat aku (padahal aku main belasah je buat salad tu). teringat plak time aku skolah dulu, aku slalu bermimpi untuk menjadi seorang chef, ala2 chef wan gitu, lepas tu aku jadi kaya, aku akan beli penthouse aku sendiri, lepas tu akan akan dijemput menjadi celebrity chef di Asian Food Channel, maka aku akan bertambah kaya, aku akan beli kereta idaman aku iaitu Myvi, (what the @%#$^*&(, takde kereta lain lagi ke?) hehe... support la kereta tempatan *pilihan bijak!*

hmmm jam skg dah menunjukkan pukul 12.32 tengahari, perut aku bukan takat berkeroncong, dah macam kelab dangdut mawar biru tau, hehe..
ok lah aku nak gi makan dulu sampai jumpa lagi...

chaloo...

Uhuk! Uhuk!

ASSALAMU'ALAIKUM SEMUA...

Sejak semalam aku rasa macam tekak aku ada sesuatu yang tak kena, asyik batuk je memanjang,
mula2 aku ingatkan aku nak demam, so aku pun minum la air dgn banyak sekali. hasilnya, pagi ni, sakit tekak aku makin menjadi2, dada aku sakit setiap kali batuk...
tension....

Aku tak sabar nak menunggu hari ahad untuk tiba sebab aku akan menonton showcase penyanyi yang aku sangat2 nak jumpa sejak aku beli albumnye awal tahun ni. IMRAN AJMAIN, itu lah orangnya, nanti aku amik gambar kat show dia lepas tu aku upload ok? terima kasih la aku ucapkan kepada Faliq (PA Imran di Malaysia) sebab bersusah payah turun ke kl dari gombak semata-mata nak beri tiket tu kat aku. kepada Faliq, kalau2 ada aktiviti imran yang terbaru, gitau la kat aku ok?

ok lah guys, dalam 1/2 jam lagi aku akan bergerak menuju ke tempat kerja plak, so klu aku ada masa yang terluan aku post lagi ok?
itu pun kalau ada idea nak disumbangkan, kalau xde, tunggu je la bila2 aku ada idea...


chaloo....

Posting pertama

Assalamu'alaikum semua,
Maka dengan ini bermulalah kisahku sebagai seorang blogger. Sebenarnya aku pun tak lah reti sangat nak buat blog ni, cuma semenjak dua menjak tiga menjak ni, rasa macam ada wahyu pulak turun dari langit nak suruh buat blog. Agak mencabar juga sebenarnya nak buat blog ni, idea harus lah segar dari hati yang tulus ikhlas (skema sangat ke ayat ni?), dan harus juga menjaga hati banyak pihak agar tiada yang terluka atau terasa dengan kata-kata daku ini (jiwang nya ayat aku)... Pada aku, seorang blogger itu harus mempunyai idea yang segar dan menarik. Maksud aku bukan lah yang segar itu adalah cerita-cerita yang terbaru saja, cerita lama jika disampaikan dengan cara yang betul, cerita 10 tahun lepas pun bunyinya macam baru berlaku semalam (ye tak?)

Apa-apa pun, sudilah kiranya para pembaca untuk menjenguk blog aku yang tak seberapa ni (chewaaah), sekadar untuk bacaan ringan saja... Apa yang penting.... KERJASAMAAA...

Chalooo...